Pesanan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran sempena musim Haji 2013 (14/10/2013)
"Saya, selaku ulama dan personaliti yang bersimpati dalam umat Islam mengumumkan bahawa mana-mana kenyataan atau aksi yang mencucuh api perpecahan di kalangan umat Islam, sebarang penghinaan terhadap kepercayaan suci mana-mana mazhab Islam, dan apa pun aksi takfirisme yang memerangi mazhab adalah sama seperti berkhidmat untuk kem ateisme, syirik dan pengkhianatan terhadap Islam. Semua ini adalah haram."
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian alam, dan selawat serta salam ke atas penghulu
Kedatangan musim haji boleh dianggap sebagai hari raya besar umat Islam. Peluang besar seperti penawar ajaib masakini telah disediakan kepada umat Islam seluruh dunia. Jika nilai itu dihargai, kita memanfaatkan hari tersebut dengan sewajarnya, maka kebanyakan bencana yang menimpa umat Islam dapat dirawat.
Haji ialah muara yang bergelora dengan keberkatan Ilahi.
Setiap orang daripada kamu - jemaah haji merasa berbahagia, mendapat peluang untuk menyucikan hati dan jiwa dengan praktikal agama, yang penuh kemurnian dan kerohanian, dan ia dapat mengumpulkan limpahan rahmat terhadap seluruh kehidupan kamu dengan mempergunakan sumber rahmat, martabat dan kuasa ini.
Dalam arena kerohanian ini, dalam memajukan spiritual anda, anda boleh mencurahkan kerendahan hati terhadap Allah Yang Maha Pemurah, menjalankan tanggung jawab yang telah diletakkan atas bahu ummah, menunjukkan semangat dan dinamik dalam urusan dunia serta kewajipan agama, menunjukkan belas kasihan dan sifat kemaafan apabila anda berinteraksi dengan saudara se-Islam, menunjukkan keberanian dan kesungguhan ketika menghadapi waktu kesulitan, menaruh harapan kepada bantuan Tuhan dalam semua lapangan, akhirnya bangunkanlah sifat kemanusiaan anda sebagai seorang muslim.
Apabila anda dihiasi dengan sumber-sumber beharga ini, dan apabila anda memanfaatkannya, anda dapat menawarkan diri sendiri sebagai hadiah kepada negara, bangsa dan umat Islam.
Lebih dari itu, umat Islam memerlukan individu yang dapat memperdayakan pemikiran dan tindakan serta keimanan, ketulusan dan kesucian, yang dapat menunjukkan kebangkitan dalam menghadapi musuh sebagai hasil latihan dan penyucian diri dan ketakwaan. Inilah satu-satunya jalan untuk membebaskan masyarakat muslim yang besar dari masalah yang telah dicipta, sama ada dari pihak musuh mahupun hasil dari kekurangan prihatin, iman dan jangkauan masa depan di kalangan umat. Kaum muslimin telah lama menderita dengan perkara ini.
Tidak syak lagi, era ini adalah era kebangkitan, di mana umat Islam boleh mencari identiti sebenar mereka. Kebenaran ini dapat disingkap dengan mudah melalui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam. Memang benar bahawa ketekadan kita yang berasaskan iman, harapan kepada Allah, berpandangan jauh dan kebijaksanaan dapat membantu umat Islam mencapai kemenangan dengan cabaran-cabaran ini, dan mengembalikan nasib yang terhormat dan termulia bagi kaum muslimin.
Kem pihak lawan Islam yang tidak dapat bertolak ansur dengan kebangkitan Islam dan maruah umat telah memasuki medan dengan penuh kekuasaan, dan ia telah mempergunakan seluruh psikologi, ketenteraan, keselamatan, ekonomi dan alat propaganda untuk menindas umat Islam, membuatkan mereka tidak aktif dan tersibuk dengan perkara-perkara remeh.
Melihat secara umum pada negara-negara Asia Barat sepeti Pakistan, Afghanistan, Syria, Iraq, Palestina dan negara-negara di sekitar Teluk Parsi, Afrika Utara negara-negara seperti Libya, Mesir, Tunisia, Sudan dan beberapa negara-negara lain telah mendedahkan banyak kebenaran.
Kewujudan perang saudara, agama dan prasangka mazhab, serta tidak stabilnya politik, lazimnya keganasan dan kekejaman, kemunculan kumpulan pelampau seperti puak-puak ganas dalam sejarah, membelah dada manusia, mengeluarkan hati dan mengunyahnya dengan gigi kemunculan tentera upahan bersenjata yang membunuh wanita dan kana-kanak, memotong kepala lelaki dan memperkosa wanita, termasuklah mereka yang melakukan jenayah ngeri dan jijik di atas nama agama, mereka semua adalah produk syaitan dan komplot kuasa angkuh, perisikan asing dan ejen mereka di rantau.
Sebagai hasilnya komplot tersebut telah dilaksanakan di negara-negara yang telah disiapkan latarnya sebelum ini, mereka mencipta situasi buruk terhadap negara-negara dan rakyat. Dalam situasi tersebut, jelaslah seseorang tidak dapat mengharapkan negara-negara Islam untuk merawat kelemahan material dan rohani demi mendapatkan keselamatan, kebajikan, kemajuan sains dan maruah bangsa yang merupakan hasil kebangkitan dan pencarian identiti sebenar seseorang.
Situasi buruk ini dapat membatalkan kemajuan kebangkitan Islam, memusnahkan mentaliti kesedaran yang telah dicipta di dunia Islam, mengheret umat Islam sekali lagi ke arah kegenangan, pemencilan, penafian dan pasrah untuk melupakan isu-isu penting dan asas seperti pembebasan Palestin dan negara-negara Islam lain dari pelanggaran Amerika dan Zionis.
Inilah perkara penting untuk merawat situasi ini, yang mana ia dapat disimpulkan dalam dua prasa kata kunci, kedua-duanya berada dalam pengajaran penting ibadah haji.
Pertama: Perpaduan dan persaudaraan muslim di bawah naungan panji-panji tauhid.
Kedua: Mengenal musuh dan menghadapi rancangan serta metodologinya.
Memperkukuhkan semangat persaudaraan dan kerjasama merupakan pengajaran haji yang paling besar. Ketika haji, perbalahan dan perdebatan dilarang. Ketika haji pakaian yang dipakai adalah sama, menuruti praktikal yang sama, melakukan pergerakan dan bersikap dalam sebuah cara. Semuanya bermakna persamaan dan persaudaraan untuk mereka yang beriman dan bertauhid.
Ini bermakna Islam menolak keras mana-mana idea dan kepercayaan yang cuba menampilkan sejumlah umat Islam dan kaum mukminin di Kabah dan tauhid sebagaimana orang yang berada di luar lingkungan Islam. Orientasi ini yang berasaskan takfirisme telah menjadi mainan di tangan ahli politik Zionis, dan penyokong mereka dari Barat telah melakukan jenayah serius dan menumpahkan darah umat Islam serta orang yang tidak berdosa, termasuk mereka yang mendakwa diri mereka sebagai agama, mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ulama, dan mereka yang mengobarkan api fitnah antara Sunni dan Syiah serta mazhab-mazhab lain hendaklah mengetahui bahawa ibadah haji akan menggagalkan dakwaan mereka.
Saya, selaku ulama dan personaliti yang bersimpati dalam umat Islam mengumumkan bahawa mana-mana kenyataan atau aksi yang mencucuh api perpecahan di kalangan umat Islam, sebarang penghinaan terhadap kepercayaan suci mana-mana mazhab Islam, dan apa pun aksi takfirisme yang memerangi mazhab adalah sama seperti berkhidmat untuk kem ateisme, syirik dan pengkhianatan terhadap Islam. Semua ini adalah haram.
Mengenal musuh dan metodologinya adalah faktor kedua yang penting.
Pertama kita hendaklah tidak melupakan tentang kewujudan musuh yang iri hati. Melakukan ritual lontaran batu di Jamarah ketika haji merupakan simbol kesedaran.
Kedua kita hendaklah tidak melakukan kesilapan dalam mengenal musuh utama, yang mana di zaman ini merupakan kuasa angkuh global dan jaringan penjenayah Zionis.
Ketiga, kita hendaklah benar-benar mengenal pasti dengan betul kaedah musuh ini, yang mana ia dicipta untuk perpecahan di kalangan umat Islam, menggalakkan korupsi dalam moral dan politik, mengancam personaliti terkenal.
Lebih dari itu, kita hendaklah mengenal pasti ejen mereka dan yang memang sudah dikenal atau tidak diketahui, atau yang bergantung kepada mereka.
Pergerakan kuasa angkuh, yang dikepalai oleh Amerika menyembunyikan sifat sebenar mereka dengan bantuan alat-alat propaganda yang komprehensif dan maju. Dengan mendakwa bahawa mereka mendukung hak asasi manusia dan demokrasi, mereka menipu pendapat umum di berbagai negara. Mereka berbicara tentang hak semua bangsa yang mana umat Islam merasakan dengan jiwa dan raga mereka api perpecahan semakin bertambah berbanding sebelum ini.
Selama beberapa dekad, penindas bangsa Pasletina telah menerima pukulan akibat jenayah rejim Zionis dan pendukungnya. Di negara Afghanistan, Pakistan dan Iraq, pengganas yang telah dijana dari berbagai polisi kuasa angkuh global dan ejennya di serantau telah meruntuhkan kehidupan orang ramai.
Syria berada dalam serangan kuasa angkuh dan ejen serantau mereka kerana menyokong orientasi anti Zionis, dan ia telah mendapat pengalaman pertumpahan darah perang saudara. Di Bahrain dan Myanmar, umat Islam yang telah diabaikan sedangkan musuh-musuh mereka mendapat sokongan. Bangsa-bangsa lain telah diancam oleh Amerika dan perikatannya dengan serangan militan, sekatan ekonomi dan berbagai tindakan sabotaj yang lain. Melihat secara umum kepada semua negara-negara ini maka masyarakat dunia akan mengetahui wajah sebenar pemimpin kuasa angkuh global.
Personaliti politik, budaya dan agama di seluruh dunia Islam perlu mempertimbangkan tanggung jawab mereka untuk mendorong perhatian kepada fakta ini. Inilah dia moral dan tanggung jawab agama kita semua. Negara-negara Utara Afrika yang tidak bernasib baik, telah menaggung penderitaan konflik dalaman yang parah hari ini, tanggung jawab ini hendaklah diberi perhatian yang lebih banyak berbanding negara-negara lain. Mereka hendaklah memberikan fokus kepada isu mengenal musuh, komplot dan kaedahnya.
Penerusan konflik ini di kalangan orientasi nasionalis dan kecuaian umat Islam terhadap ancaman perang domestik di negara-negara tersebut merupakan bahaya yang besar. Kerugian akan menimpa umat Islam kerana peristiwa-peristiwa tersebut tidak dapat diselesaikan dengan segera.
Sudah tentu kita tidak meragukan orang yang bangkit menentang kuasa angkuh global dan orang yang menjelmakan kebangkitan Islam di negara-negara tersebut - demi Allah - tidak mengizinkan berpatah balik ke era yang memulakan korupsi, ketergantungan dan kediktatoran. Walau bagaimanapun pengabaikan peranan kuasa besar yang mencipta perpecahan dan campur tangan yang membawa kepada kemusnahan akan mencipta situasi sulit kepada negara-negara tersebut, selain meninggalkan kesan sampingan yang lama dalam meraih martabat, keamanan dan kebajikan.
Kami percaya, jauh di dalam hati kami, keupayaan umat dalam kekuasaan, keimanan, ketekadan dan pandangan jauh telah pun dianugerahkan kepada ramai orang oleh Allah Yang Maha Mengetahui.
Lebih dari tiga dekad, kami menyaksikan Republik Islam ini dengan mata sendiri, dan kami berpengalaman tentangnya dengan hati dan jiwa kami. Ketekadan kami ialah menyeru seluruh umat Islam kepada pengalaman terpuji dan ketabahan negara saudara mereka ini.
Saya mohon kepada Allah Yang Maha Agung agar menganugerahkan keamanan kepada kaum muslimin dan mematahkan komplot musuh tersebut. Saya mohon kepadaNya agar menerima ibadah haji dan mencurahkan kesihatan fizikal dan spiritual kepada anda. Saya memohon kepadaNya agar dilimpahkan rahmat yang bermakna kepada anda semua, penunai ibadah haji Baitullah.
Wassalamualaikum,
Sayid Ali Khamenei 5 Zulhijjah 1434 Hijrah 11 Oktober 2013
Sumber : ABNA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar